Memujuk Petani Asia Supaya Mengambil Serius Terhadap Kebajikan Haiwan
[This post has been translated from English to Malay. You can find the original post here. This translation was made possible with support from World Animal Protection courtesy of a grant from the Open Philanthropy Project.]
Baru-baru ini, kebajikan haiwan telah menjadi tajuk perbincangan yang biasa antara orang Barat: ia banyak dipaparkan oleh berita harian dan seringkali dipaparkan pada label makanan harian kami. Selain itu, kami juga mempelajari tentang kebajikan haiwan melalui sukatan matapelajaran akademik di sekolah. Ini adalah kerana penternakan haiwan pertanian di kilang telah mereka sejarah yang panjang di kilang-kilang tersebut. Namun, apabila penternakan haiwan semakin meningkat, kami telah sedar bahawa kualiti kehidupan haiwan-haiwan tersebut — bukan sahaja kuantiti atau bilangan hari kehidupan mereka —namun, faktor etika haruslah dititikberatkan.
Berdasarkan kajian ini, para penyelidik dari Universiti Queensland (Australia) telah menyiasat faktor-faktor yang digunakan untuk memperkenalkan taraf kebajikan haiwan yang lebih tinggi yang paling efektif kepada pihak-pihak yang berkenaan dalam industri pertanian haiwan di Asia. Ini merupakan sesuatu yang penting kerana kajian-kajian yang sering fokus kepada negara-negara Barat mempunyai latar belakang budaya yang berbeza. Di samping itu, kajian ini dapat membina persepsi yang berlainan kepada setiap negara di Asia.
Para penyelidik telah menemu bual beberapa pihak berkepentingan yang berasal dari enam negara Asia iaitu Vietnam, Thailand, Malaysia, India, Bangladesh, dan China, yang juga merupakan negara pengeluar haiwan terbesar di dunia. Di setiap negara, kumpulan-kumpulan fokus (iaitu kumpulan penemuduga) telah diasingkan ke sub region yang berbeza. Setiap kumpulan fokus diwakili oleh seorang pemimpin dari pelbagai bidang industri (contohnya, pemimpin industri swasta dan juga wakil kerajaan), dan mereka mempunyai kuasa untuk melakukan pengubahsuaian dalam perniagaan-perniagaan swasta. Bagi mengukur persepsi para peserta temu bual, pihak penulis telah menyenaraikan potensi faedah yang dapat dicapai jika taraf kebajikan haiwan yang tinggi diperkenalkan. Senarai ini telah diringkaskan kepada empat kategori yang berbeza: Faedah kepada manusia (cth keselamatan makanan), faedah kewangan, faedah kepada haiwan (cth untuk mengelakkan kekejaman kepada haiwan) dan faedah yang tertumpu kepada komuniti (cth untuk memelihara ekosistem). Sebagai objektif utama kajian ini, semua peserta daripada setiap kumpulan fokus perlu bekerjasama untuk menilai faedah-faedah yang disenaraikan mengikut kepentingannya.
Antara semua jenis faedah, faedah yang tertumpu kepada haiwan telah dibincangkan dalam tempoh masa yang suntuk. Walaupun pengelakkan kekejaman telah dikenalpasti sebagai potensi yang memberi manfaat kepada sebahagian daripada kumpulan fokus dan sama rata kepada semua negara, faedah yang tertumpu kepada haiwan diutamakan oleh India dan Bangladesh sahaja. Di negara lain pula, kajian ini telah mendapati bahawa faedah yang tertumpu kepada haiwan tidak dianggap sebagai faktor yang penting untuk mengubahsuai industri ini.
Faedah yang paling diutamakan oleh para peserta kajian adalah faedah kewangan, terutamanya kumpulan fokus di China dan Asia Tenggara. Faedah utama dalam perkara ini merupakan peningkatan dalam produktiviti, dan peningkatan kualiti produk akhir. Walau bagaimanapun, para penyelidik di negara China menyatakan bahawa keraguan masih wujud, iaitu bahawa kebajikan haiwan yang lebih tinggi akan menghasilkan faedah kewangan yang lebih tinggi.
Secara keseluruhan, peneraju industri haiwan di China dan Asia Tenggara agak konsisten dalam persepsi mereka. Persepsi yang berbeza boleh diperhatikan antara benua kecil India melalui satu pihak dan China serta Asia Tenggara melalui pihak yang lain. Para peserta temu bual di India dan Bangladesh telah mengenal pasti faktor yang tertumpu kepada manusia dan juga haiwan sebagai sebuah faedah. Menurut penulis-penulis, persepsi yang lebih tinggi terhadap faedah berkaitan manusia dan haiwan ini mungkin disebabkan India dan Bangladesh merupakan negara yang kurang maju berbanding dengan negara-negara lain dalam kajian ini; haiwan ternakan biasanya lebih banyak didapati dalam kehidupan seharian dalam kalangan masyarakat. Namu begitu, negara-negara tersebut tidak mempergiatkan pertanian mereka seperti yang dilakukan oleh negara China. Penulis membuat hipotesis bahawa, keadaan sedemikian telah menyukarkan kadar disonans kognitif yang diperlukan untuk tidak mengambil berat tentang kebajikan haiwan ternakan.
Kajian ini juga menyatakan bahawa kepercayaan agama mungkin memainkan peranan yang penting dalam membentuk persepsi, seperti yang diperhatikan di negara India dan Bangladesh, iaitu bahawa lembu dihormati sebagai haiwan suci dalam agama Hindu, yang merupakan agama majoriti di negara India. Di sebaliknya, China dan Asia Tenggara mengambil berat mengenai faedah kewangan sebagai sebuah keutamaan. Selain mempunyai kepercayaan agama lain, negara ini lebih maju kerana mempunyai industri pertanian yang besar dan memainkan peranan penting dalam ekonomi negara.
Akhir sekali, kajian ini menunjukkan bagaimana faktor-faktor yang berpotensi dapat memperkenalkan piawaian kebajikan haiwan yang lebih tinggi dalam industri haiwan apabila dilihat di negara-negara Asia. Advokat-advokat haiwan boleh menggunakan hasil kajian ini sebagai garis panduan dan hujah yang berkesan untuk meyakinkan pemimpin dalam industri tersebut demi bergerak ke arah kebajikan haiwan yang lebih baik. Selain itu, kajian ini menunjukkan bahawa penyelidikan yang lebih lanjut diperlukan bagi menyerlahkan faedah dan memperkenalkan langkah ke arah kebajikan haiwan yang lebih berkualiti walaupun keraguan masih wujud dalam kalangan pembuat keputusan industri ternakan. Kajian ini yang disasarkan kepada pihak berkepentingan boleh menjadi aspek penting dalam memperjuangkan kebajikan haiwan yang lebih berkualiti dalam industri penternakan haiwan pertanian.
https://www.mdpi.com/2076-2615/9/4/123
