Permintaan Tinggi untuk “Halal Sebenar”
[This post has been translated from English to Malay. You can find the original post here. This translation was made possible with support from World Animal Protection courtesy of a grant from the Open Philanthropy Project.]
Islam merupakan salah satu agama yang dipercayai oleh populasi majoriti di rantau global. Hal ini menyebabkan terdapat banyak pasaran global yang besar yang mengedarkan produk-produk Halal, serta dihasilkan mengikut keperluan agama Islam. Walaupun ramai pengguna Islam lebih mengutamakan makanan Halal, para penyelidik mengkaji bahawa “kebanyakan pengguna yang memilih produk daging halal tidak mengetahui prinsip rantaian bekalan Halal.” Seringkali, produk Halal dijual bersebelahan dengan produk tidak Halal (yang sebenarnya melanggar prinsip Halal), dan ramai pengguna sering menerima label Halal tanpa mempersoalkan kesahihannya. “Pengguna tidak dapat keyakinan mengenai sesuatu produk, sama ada ia halal ataupun tidak,” kata penyelidik, “mereka tidak mempunyai pilihan selain mengambilnya pada nilai muka,” yang menyuarakan kebimbangan dari seorang advokat haiwan tentang label kebajikan haiwan. .
Para penyelidik telah menjalankan kajian ini bersama 200 orang pengguna dari Malaysia, Singapura, dan Australia bagi tujuan untuk mengkaji keutamaan pengguna Muslim, permintaan untuk produk daging halal 100%, dan pengetahuan mereka tentang keperluan rantaian bekalan halal untuk makanan dan produk daging. Kajian ini dijalankan dengan dua persoalan utama iaitu: 1) Adakah pengguna produk daging halal di Singapura, Malaysia dan Australia menyedari keperluan untuk rantaian bekalan 100% halal, dan 2) Apakah permintaan untuk rantaian bekalan 100% halal dan adakah pengguna sanggup membayar premium untuknya? Melalui kajian ini, pengkaji telah menemui bahawa kepercayaan pengguna adalah “sangat penting” untuk dipenuhi serta keperluan halal di semua peringkat proses, dan “tiada kompromi” harus dilakukan. Seterusnya, kajian menunjukkan bahawa pengguna sanggup membayar premium yang sesuai bagi produk yang mengikut rantaian bekalan halal 100%. Penyelidik menyatakan bahawa “syarikat dan perniagaan harus sedar bahawa setiap orang yang ingin bekerja dalam industri makanan halal, adalah wajib untuk mengamalkan pemantauan diri tanpa dipantau oleh orang lain.”
Para advokat haiwan haruslah sedar bahawa kajian ini menunjukkan permintaan yang ramai dan keperluan untuk makanan halal, termasuklah daging dan produk-produk haiwan lain. Advokat-advokat haiwan ternakan dinasihatkan supaya memahami cara peraturan halal mempunyai kesan kepada kebajikan haiwan pada peringkat rantaian bekalan yang berbeza.
