Taken For A Ride: Laporan Mengenai Pelancongan Gajah di Asia
[This post has been translated from English to Malay. You can find the original post here. This translation was made possible with support from World Animal Protection courtesy of a grant from the Open Philanthropy Project.]
Industri pelancongan antarabangsa sering menggunakan haiwan liar sebagai hiburan menggunakan pelbagai cara. Contohnya, di Asia, gajah dipelihara di tempat pelancongan yang menawarkan aktiviti hiburan seperti tunggangan, pertunjukan, mencuci gajah, memberi makan, selfie dan juga pemerhatian. Walaupun dengan permintaan yang banyak untuk ‘pelancongan beretika’, laporan dari Perlindungan Haiwan Dunia menunjukkan bahawa gajah-gajah yang dikurung di Asia masih mengalami kekejaman dalam tempoh masa yang panjang serta kehidupan yang tidak mengutamakan keperluan asas sepanjang umur mereka.
Laporan ini merupakan hasil kerja selama 10 tahun dan menunjukkan keadaan 3,837 gajah yang digunakan sebagai hiburan pelancongan di Thailand, India, Laos, Kemboja, Nepal, Sri Lanka dan Malaysia. Dalam tempoh ini, para penyelidik menjalankan lebih daripada 1,000 lawatan ke lebih daripada 350 tempat hiburan gajah dan menjalankan beberapa tinjauan awam global serta melibatkan diri dalam banyak syarikat pelancongan. Mereka juga sanggup bekerja di beberapa tempat hiburan gajah.
Para penyelidik mendapati bahawa 63% daripada gajah diderita dalam keadaan yang teruk, 30% dikurung di kawasan yang kurang atau tidak bersih, dan hanya 7% disimpan di tempat pemerhatian kebajikan haiwan. Keadaan yang tidak selesa dan bersih bagi 2,390 gajah daripada kumpulan pertama termasuklah rantaian pendek, jadual aktiviti yang suntuk untuk gajah, kemungkinan interaksi sosial yang terhad antara gajah, dan keadaan yang membenarkan tingkah laku semula jadi yang sangat sedikit.
1,168 ekor gajah kumpulan kedua mengalami situasi yang lebih baik, namun keadaan masih tidak mencukupi kerana sering ditempatkan di tempat yang menawarkan pengalaman membasuh atau mandi gajah separuh atau sehari penuh. Walaupun ini menunjukkan keadaan kebajikan yang lebih baik daripada tempat menunggang, mereka masih mempunyai masalah kebajikan yang serius. Sebagai contoh, gajah dibasuh berulang kali pada siang hari dan ini merosakkan kulit mereka tanpa memberikan faedah kebersihan tambahan. Kemudahan ini sering mengelirukan mereka sebagai tempat ‘tidak beretika’, menutup pengurusan kebersihan gajah yang mungkin menghadapi masalah kewangan.
Kumpulan ketiga dan terkecil adalah bilangan 279 gajah yang mengalami kebajikan yang tinggi terletak di tempat pemerhatian sahaja yang membolehkan haiwan itu berhabitat secara semula jadi. Di tempat-tempat ini, pengunjung dapat berinteraksi secara terhad atau tidak langsung dengan gajah, tetapi dapat menikmati pemerhatian gajah.
Selain kekejaman yang amat mengecewakan terhadap gajah dalam kurungan yang ditemui di negara-negara ini, daripada kaedah latihan yang keras kepada pemakanan yang lemah, pembiakan mereka diperhatikan oleh para penyelidik sebagai masalah utama penangkaran gajah. Pembiakan gajah di sangkar bukan sahaja gagal menangani masalah penangkaran tetapi juga mengurangkan sumber yang diperlukan untuk gajah yang sudah ada dalam industri, terutamanya dalam senario pandemik dengan kurang pelancong dan tempat bergelut untuk memberi makanan kepada gajah mereka dan membayar pekerja mereka.
Namun begitu, pengkaji dalam kajian ini juga mendapati bahawa pengguna lebih sedar tentang isu kebajikan haiwan. Pada 2016, pelancong yang ditemu bual di Thailand menyebut menunggang gajah sebagai aktiviti kegemaran mereka (36%) dan memerhatikan gajah sebagai aktiviti yang paling mereka gemari (14%). Menjelang 2019, melihat haiwan liar di habitat semula jadi mereka (37%) dan memerhati gajah (24%) menjadi dua aktiviti yang paling disukai. Selain itu, 85% pelancong yang ditemu bual percaya bahawa pihak urusan pelancongan dalam negara haruslah mengelakkan aktiviti yang menyebabkan penderitaan kepada haiwan liar. Permintaan yang berkurang terhadap aktiviti pelancongan bersama gajah dilihat oleh laporan itu sebagai salah satu daripada 3 elemen penting untuk menangani isu ini dan menamatkan amalan tidak berperikemanusiaan ini. Yang kedua ialah mengurangkan bilangan gajah tawanan yang digunakan untuk pelancongan komersil, dan yang ketiga ialah menambah baik keadaan untuk gajah generasi kini sebagai pelancongan tawanan dan penjaga mereka.Untuk menjadikan generasi gajah ini yang terakhir dipelihara dalam kurungan, laporan ini mencadangkan tindakan daripada kerajaan untuk menghalang pembiakan dalam kurungan dan pengambilan gajah liar untuk kegunaan komersial. Kerajaan juga mempunyai peranan penting dalam menyokong peralihan kepada tempat kebajikan yang tinggi dan hanya di tempat pemerhatian sahaja. Sementara itu, syarikat pelancongan dan pengembara individu digesa untuk mempromosikan dan melawat tempat yang menawarkan pengalaman pemerhatian sahaja, atau memilih untuk memerhati gajah secara bertanggungjawab di alam liar. Akhir sekali, laporan ini mengingatkan kita bahawa penambahbaikan ini juga perlu dipertimbangkan oleh mahout (jurulatih manusia), yang perlu menerima pembangunan kerjaya yang akan membawa mereka melebihi jangka hayat gajah dalam jagaan mereka.