Apakah Faktor yang Mendorong Perubahan Dalam Industri Haiwan Penternakan di Asia?
[This post has been translated from English to Malay. You can find the original post here. This translation was made possible with support from World Animal Protection courtesy of a grant from the Open Philanthropy Project.]
Walaupun kesedaran global tentang kepentingan kebajikan haiwan semakin meningkat, ramai pihak utama dalam industri haiwan ternakan di Asia gagal mengambil langkah yang konkrit untuk melindungi kebajikan haiwan. Hanya China yang mengambil tanggungjawab untuk 40% daripada haiwan penternakan dunia. Namun penambahbaikkan bagi industri kebajikan haiwan di Asia kurang dikaji oleh para penyelidik. Motivasi pemain utama dalam industri haiwan ternakan haruslah diambil tahu supaya dapat meningkatkan kualiti kebajikan haiwan – dan cabaran yang mereka hadapi boleh membantu merapatkan jurang antara pengetahuan dan amalan etika, serta menggalakkan penglibatan dalam inisiatif kebajikan haiwan.
Para penyelidik diasingkan kepada 11 kumpulan fokus dengan 83 peserta di negara China, Malaysia, Vietnam, dan Thailand. Keempat-empat negara tersebut dipilih kerana memberi kesan kepada ekonomi yang tinggi, terutamanya terhadap sektor pertanian Australasia, serta elemen kepelbagaian sosial dan budaya di negara-negara tersebut. Para peserta termasuklah doktor haiwan, wakil perniagaan daripada industri haiwan ternakan, wakil kerajaan dan ahli-ahli akademik.
Para peserta ditunjukkan hasil kajian terdahulu, iaitu senarai faktor-faktor pendorong yang memberi kesan kepada keupayaan untuk meningkatkan kebajikan haiwan. Keputusan ini digunakan untuk mencetuskan perbincangan tentang faedah dan cabaran untuk meningkatkan kebajikan haiwan. Bilangan peserta kumpulan fokus terdiri daripada 3 hingga 14 peserta. Cabaran utama kajian adalah dalam proses penterjemahan. Penterjemah diarahkan untuk memasukkan sentimen yang benar kepada peserta, jadi transkripsi tidak semestinya verbatim.
Lapan motivasi utama untuk meningkatkan kebajikan haiwan penternakan telah dikenal pasti dan dibincangkan:
- Undang-undang – responden di semua negara bersetuju bahawa undang-undang merupakan pendorong terbesar untuk meningkatkan tahap kualiti kebajikan haiwan. Walau bagaimanapun, juga didapati bahawa kepentingan undang-undang bergantung kepada penguatkuasaan yang kuat serta sering dikaitkan dengan kelulusan syarikat. Sekurang-kurangnya kesedaran tentang undang-undang kebajikan haiwan merupakan salah satu kebimbangan kepada para peserta.
- Kelulusan tempat kerja – tanpa pengesahan tempat kerja, responden percaya bahawa penambahbaikan kebajikan haiwan adalah mustahil untuk dilaksanakan. Peserta di keempat-empat negara ini berkongsi pendapat bahawa keuntungan adalah penting supaya syarikat dapat meningkatkan tahap kualiti kebajikan haiwan. Sesetengah peserta mendakwa bahawa jika syarikat memberi kelulusan untuk segala penambahbaikkan, ia merupakan cara yang lebih berkesan untuk meningkatkan tahap berbanding melalui kelulusan undang-undang.
- Pengetahuan peribadi – ini dibincangkan sebagai pendorong untuk meningkatkan kebajikan haiwan dan penghalang. 56% daripada responden menganggap bahawa pihak berkepentingan industri haiwan ternakan bertanggungjawab dalam membangunkan pengetahuan tentang kebajikan haiwan. Ini telah dipersetujui secara meluas bahawa pihak berkepentingan industri perlu mengetahui potensi faedah yang akan diperolehi dengan meningkatkan kebajikan haiwan. Para peserta juga menyatakan bahawa faedah penambahbaikan kebajikan haiwan tidak begitu diketahui dalam kalangan pekerja dalam industri haiwan ternakan.
- Alat dan sumber – peserta dalam kumpulan fokus China dan Beijing mentafsirkan ini sebagai maklumat saintifik, manakala kumpulan fokus lain mengaitkan alatan dan sumber dengan item fizikal, seperti peralatan yang digunakan sebelum penyembelihan. Ruang fizikal juga menjadi kebimbangan, serta kekurangan kakitangan dan wang untuk membuat penambahbaikan kepada kebajikan haiwan
- Nilai peribadi – Responden Thailand didorong oleh pertimbangan nilai peribadi, termasuk empati, tanggungjawab dan keinginan untuk mengurangkan penderitaan. Walaupun peserta sering berbincang tentang bagaimana nilai peribadi mereka membuatkan mereka ingin meningkatkan kebajikan haiwan, perbincangan tentang faedah kewangan sering menjadi sesuatu keutamaan.
- Agama – Agama Buddha dijadikan rujukan sebagai nilai peribadi dalam kumpulan fokus Thai dan agama juga disebut di Malaysia. Sebelum ini, agama diletakkan sebagai pendorong terpenting dalam meningkatkan kebajikan haiwan dalam kepada Malaysia. Walau bagaimanapun, didapati bahawa apabila responden Malaysia disoal berkenaan agama, jawapan mereka tentang kepercayaan agama pelanggan mereka (sejumlah 62% rakyat Malaysia mengenal pasti sebagai Islam). Responden di Malaysia bersetuju bahawa mereka mengamalkan agama dengan undang-undang, kerana Undang-undang Syariah memandang agama, negeri dan kerajaan secara keseluruhan.
- Faedah kewangan – ini tidak mendapat kedudukan tinggi dalam kajian terdahulu tetapi telah dibincangkan oleh ramai responden dalam pelbagai kumpulan fokus kali ini. Ramai peserta memberitahu bahawa pelanggan di pasaran bukan Asia akan membayar lebih untuk produk yang berkualiti tinggi yang tidak melibatkan penderitaan haiwan. Namun, permintaan ini tidak wujud di Asia. Responden menyatakan bahawa peningkatan kebajikan haiwan selalunya melibatkan peningkatan kos pengeluaran, dan juga peningkatan harga pengguna. Jawapan peserta mencadangkan bahawa wang boleh dijadikan pendorong yang lebih kuat berbanding undang-undang. Peserta dalam kumpulan lain mungkin berasa tidak selesa membincangkan wang sebagai pendorong, jadi ini mungkin tidak semestinya faktor pendorong baharu. Peserta dalam kumpulan fokus terkini mungkin berasa lebih selesa dengan memikirkan keperluan pihak berkepentingan lain dalam industri mereka berbanding dengan kajian terdahulu.
- Keselamatan makanan – tidak seperti dalam kajian terdahulu, responden kumpulan fokus membawa isu penyediaan makanan yang selamat kepada pengguna. Walaupun terdapat keraguan tentang perubahan tradisi untuk meningkatkan kebajikan haiwan, para peserta lebih pasti tentang keperluan untuk keselamatan makanan yang baik. Responden kumpulan fokus China sangat bersetuju dengan idea bahawa dengan peruntukkan dana untuk keselamatan makanan, kerajaan boleh membuat penambahbaikan kepada kebajikan haiwan tanpa menggambarkannya seperti itu.
Dengan menganalisis hubungan antara pelbagai faktor pendorong, penyelidik mendapati bahawa nilai peribadi dan pengetahuan kedua-duanya diperlukan untuk meningkatkan kebajikan haiwan. Kepercayaan terhadap keperluan undang-undang juga mendorong pihak berkepentingan untuk membuat perubahan. Walaupun lebih sukar dan mengambil lebih banyak masa untuk mempengaruhi fikiran dan kepercayaan pihak berkepentingan, ini adalah cara paling menarik untuk mengubah piawaian kebajikan haiwan menjadi lebih baik tanpa adanya keperluan undang-undang. Para penyelidik mencadangkan bahawa inisiatif kebajikan haiwan harus memberi tumpuan kepada membangunkan kedua-dua jangka pendek (kebanyakannya luaran, menghubungkan tindakan dengan ganjaran) dan jangka panjang (kebanyakannya peribadi) motivasi pihak berkepentingan, untuk kesan maksimum.
https://www.mdpi.com/2076-2615/9/7/416
