Cara Mengurangkan Kesengsaraan Udang
This post has been translated from English to Malay. You can find the original post here.
Istilah “udang” sering digunakan dalam bahasa umum bagi merujuk kepelbagaian spesies yang berbeza. Kebanyakannya tergolong kepada tiga kumpulan taksonomi: Infraorder Caridea, superfamili Penaeoidea, dan famili Sergestidae. Spesies-spesies dalam ketiga-tiga kelompok ini adalah berbeza berdasarkan lokasi, jenis air yang ia diami, saiz, kitaran hidup, dan parameter-parameter lain.
Haiwan ini ditangkap dalam jumlah yang besar di seluruh dunia. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, masalah etika yang berkait dengan industri ini semakin hangat dipersoalkan. Laporan ini merumus isu-isu ini dan mencadangkan cara-cara untuk memperbaiki situasi ini.
Pertama sekali, penulis menegaskan bahawa kajian terhadap kesedaran udang adalah sesuatu yang baharu. Hal ini adalah salah satu alasan mengapa haiwan ini tidak diberikan pertimbangan moral yang setaraf sama seperti mamalia atau burung. Namun kini ia akan berubah. Kini sudah ada banyak kajian bagi mencadangkan bahawa udang mungkin mampu untuk mempunyai pengalaman perasaan positif atau negatif, dengan banyak spesies yang mempunyai reseptor rasa sakit dan bahagian otak yang integratif — yang mana satu kriteria bagi haiwan yang mempunyai kesedaran.
Malangnya, penangkapannya selalu menjurus kepada kecederaan dan tentunya, kematian. Secara khususnya, penulis melaporkan yang bergantung kepada jenis perikanan, perindustian atau skala kecil, udang boleh menderita daripada:
- Dihempap oleh haiwan lain yang ditangkap di dalam jaring
- Kekurangan oksigen
- Tekanan yang melampau ketika cuba untuk melarikan diri
- Perubahan cuaca yang mendadak
Bagi udang-udang yang dapat sampai ke dok untuk dijual kepada pengguna, ia kemudiannya akan dibunuh dalam air berais atau direndah dalam air mendidih secara hidup-hidup.
Skala Penangkapan Udang
Jumlah udang yang ditangkap setiap tahun sukar untuk ditentukan. Data penangkapan biasanya diberikan dalam tan, tidak tersedia dalam beberapa negara, dan tidak selalunya disertakan dengan tangkapan sampingan. Bagaimanapun, menggunakan purata berat spesies ini, adalah mungkin untuk menganggarkan bilangan magnitud bagi individu yang ditangkap. Penulis membuat kiraan ini, memfokuskan pada 25 negara dengan jumlah tangkapan udang yang tertinggi.
Secara keseluruhannya, mereka menganggarkan bahawa lebih daripada 37 trilion udang telah ditangkap setiap tahun — dan besar kemungkinan ia kurang daripada angka sebenar. China dikatakan bertanggungjawab dalam 67% penangkapan udang, diikuti oleh Malaysia dengan 15% dan Thailand dengan 6%. Data ini menunjukkan bahawa udang menjadi haiwan yang paling banyak dibunuh bagi tujuan pemakanan bagi manusia dalam bumi ini.
Meskipun lebih banyak bukti diperlukan terhadap kesedaran udang ini, penulis berdebat bahawa penderitaan bertrilion haiwan ini, yang berulang saban tahun, adalah tidak beretika dan harus dikurangkan. Mereka mengusulkan beberapa langkah bagi mencapai tujuan ini.
Menambah Baik Kebajikan Di Tempat Penangkapan dan Penyembelihan
Penulis menyesyorkan pengurangan tempoh dan berat pukat sementara meningkatkan kekerapan operasi. Hal ini akan mengehadkan pertindihan dan tekanan haiwan semasa di dalam jaring. Selain itu, kapal boleh dilengkapkan dengan tangki air bagi menyimpan udang secara langsung berbanding membiarkannya lemas di geladak. Bagi mengurangkan penderitaan ketika proses penyembelihan, alatan pemensan elektrik boleh dipasang di kapal.
Mengurangkan Jumlah Haiwan yang Ditangkap
Cara paling ketara bagi mengurangkan udang ditangkap adalah dengan menyokong perubahan diet global kepada diet berasaskan tumbuhan. Sementara itu, penulis mengetengahkan beberapa kaedah untuk mengurangkan tangkapan sampingan. Hal yang berlaku ini sangat besar dalam penangkapan udang dan boleh menyumbang kepada 90% dalam berat tangkapan.
Malangnya, hanya dengan melepaskan tangkapan sampingan tidak cukup, kerana kabanyakan haiwan akan tercedera atau mati ketika penangkapan. Namun, peranti pengurangan tangkapan sampingan telah tersedia. Kita juga boleh mengharamkan penggunaan pukat tunda, yang bertanggungjawab dalam penangkapan tangkapan sampingan besar-besaran, atau mengharamkan penangkapan ikan di kawasan tertentu yang mana tangkapan sampingan itu tinggi.
Meneruskan Dasar Dan Penyelidikan
Penulis menekankan kepentingan memperbaiki peraturan perikanan dan meneruskan lagi kajian saintifik. Sebagai contoh, pencemaran di kawasan perikanan boleh dikurangkan bagi mengelakkan pembaziran akibat kerosakan. Untuk alasan yang sama, amalan kebersihan dan pemuliharaan harus ditambahbaik. Pengenalan kepada label juga boleh menggalakkan lebih banyak amalan yang lebih beretika.
Dari segi penyelidikan, kajian lanjut berkenaan kriteria kebajikan udang adalah diperlukan bagi mengenalpasti amalan perikanan terbaik. Hal ini juga boleh membantu kita memahami lebih mendalam berkenaan kesedaran udang, yang selalu bermanfaat kerana pengiktirafan terhadapnya mendorong orang ramai memperlakukan haiwan ini dengan beretika.
Bagi kebanyakan campur tangan yang disebutkan, teknologi baharu seperti kecerdasan buatan, pembelajaran mesin, pengimejan satelit, dan sebagainya boleh menjadi sumbangan yang penting.
Penulis juga menekankan kepentingan melibatkan hak asasi manusia ke dalam hal ini. Dalam sesetengah negara, penangkapan udang adalah salah satu sumber sara diri bagi golongan yang miskin. Konflik juga boleh timul antara perikanan industri dan yang berskala kecil. Akhir sekali, ada sesetengah individu yang terpaksa bekerja dalam industri perikanan, terutamanya di Thailand.
Para pendukung isu ini akan dapati laporan ini sangat membantu dalam pelbagai aspek, kerana ia menyediakan butiran berkenaan wilayan perikanan utama sekitar dunia, menyorotkan isu kebajikan haiwan dan juga kebajijan manusia yang berkait dengan industri ini, dan memberikan jalan penyelesaian bagi mengurangkan penderitaan udang. Maklumat ini boleh digunakan bagi meraih kesedaran dan menggesa dalam mengubah polisi bagi menambahbaik keadaan hidup semua yang berkenaan.
https://doi.org/10.20944/preprints202312.1465.v1

