Keadaan Semasa Ujian Haiwan Untuk Kosmetik di Indonesia, Malaysia dan Singapura
This post has been translated from English to Malay. You can find the original post here.
Industri kosmetik berkembang pesat, dengan ujian haiwan digunakan secara tradisional untuk memastikan keselamatan produk. Tikus, arnab dan haiwan kecil lain biasanya digunakan untuk menilai kerengsaan kulit, ketoksikan dan risiko lain. Walaupun, sepanjang beberapa dekad lalu, permintaan pengguna telah menyebabkan banyak jenama mengguna pakai amalan tanpa keganasan.
Dokumen ini memberikan gambaran keseluruhan tentang ujian haiwan dalam industri konsmetik di Indonesia, Malaysia dan Singapura. Negara-negara ini, sebagai anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), mengikut Arahan Kosmetik ASEAN (ACD) untuk mengawal selia peraturan produk kosmetik di seluruh negara. Walaupun ACD tidak membuat undang-undang secara khusus tentang ujian haiwan, ia menetapkan standard bahan dan penilaian keselamatan. Ujian haiwan untuk kosmetik kekal sah di negara-negara ini jika garis panduan ACD dipatuhi.
Walau bagaimanapun, cabaran utama telah dibuat untuk mengurangkan ujian haiwan di negara-negara ini. Pada tahun 2016, Kementerian Kesihatan Indonesia telah mewajibkan penerimaan kaedah ujian alternatif dan meminimumkan ujian haiwan. Peraturan ini mendorong banyak syarikat kosmetik di Indonesia untuk menghentikan ujian haiwan sama sekali.
Selain itu, disebabkan populasi Muslimnya yang besar, pensijilan halal diperlukan untuk semua produk kosmetik di Indonesia. Ini wajar diberikan perhatian kerana, di bawah undang-undang Islam, ujian produk yang melibatkan kulit tikus atau pembunuhan haiwan tidak dianggap halal — selanjutnya menggalakkan penggunaan ujian alternatif. Malaysia juga menggunakan pelabelan halam pada banyak produk, walaupun pensijilan bukannya mandatori.
Pada tahun 2019, saintis di Singapura berjaya membangunkan model kulit manusia. Dengan sifat biologi dan kimia yang serupa dengan kulit manusia sebenar, kemajuan ini menjanjikan alternatif kepada ujian haiwan.
Di seluruh dunia, kesedaran pengguna tentang kosmetik tanpa penganiayaan sedang berkembang disebabkan faktor seperti media sosial dan maklumat dalam talian, kempen organisasi kebajikan haiwan, laporan tentang amalan ujian haiwan dan promosi kaedah ujian alternatif.
Pendekatan ujian alternatif termasuk kaedah in vitro (berasaskan sel), seperti teknologi sel induk dan kejuruteraan tisu. Penjujukan dan ‘omik (genomik, epigenomik dan proteomik) generasi seterusnya ialah kaedah lain. Pemodelan berkomputer ialah alternatif lain yang memberikan harapan.
Dengan menerima kaedah ujian yang inovatif, mantap dari segi saintifik dan berperikemanusiaan, industri kosmetik di Indonesia, Malaysia dan Singapura boleh menyelaraskan dengan trend global ke arah amalan yang mapan dan tanpa penganiayaan sambil memastikan keselamatan dan kepuasan pelanggan. Sebagai mana kemajuan saintifik memberikan alternatif yang lebih dipercayai dan pengguna semakin mencari produk yang beretika, industri kosmetik seluruh dunia mempunyai peluang untuk menerima amalan berperikemanusiaan. Pengarang mencadangkan bahawa pendukung harus menggalakkan peraturan yang mewajibkan amalan tanpa penganiayaan dan kaedah ujian alternatif yang lebih ketat, berserta dengan penglibatan dalam perbincangan yang menangani dimensi ujian haiwan yang beretika. Kesedaran pengguna yang meningkat akan mengekalkan momentum dan selanjutnya mendorong kepada menjadikan ujian haiwan sebagai kaedah yang tidak dipakai lagi dalam industri kosmetik.
http://doi.org/10.24191/IJPNaCS.v6i2.04

